08 May 2009

orang hilang

malaysiakini

Email dari Muhd Muaz.

Assalamu'alaikum...

Disini saya ingin memberi amaran dan peringatan buat semuanya di seluruh Malaysia mengenai kegiatan seorang penipu yang mana modus operandinya adalah menawarkan handphone murah (kastam kononnya), kereta murah (kereta anda yang akan dilarikan) dan juga perempuan-perempuan semua b
erhati-hati dengan lelaki ini, jangan sampai kena jual.

Awas bila berhadapan dengannya kerana dipercayai mengamal ilmu hitam dengan cincin taring harimau.

Telah banyak laporan polis dibuat terhadap lelaki ini, di KL- kes tipu duit handphone. JB - kes tipu duit kereta. Melaka - kes larikan perempuan, Kedah - kes curi kereta. Dan banyak lagi kes.

Merupakan bekas banduan. Berasal dari Kedah. Nama SURADI ISKANDAR BIN FISOL @ DK (lihat gambar). Rujuk laporan polis no.repot PANTAI/000996/09

Sukar dijejak kerana sering berpindah-pindah ke bandar-bandar lain. Jika terlihat atau terjumpa sila lapor kepada polis dengan segera. Kalau boleh, tangkap, tapi pastikan jangan bertindak seorang. Minta bantuan.

Sekarang ini dipercayai berada di Kuantan Pahang.

Saya juga merayu pada sesiapa yang ada terjumpa atau terlihat gadis dalam gambar ini (Acu) salah seorang mangsa DK supaya dapat menghubungi saya seberapa segera AZMIE +6017-317 4711/+606-317 7455.

Terima kasih saya ucapkan atas kerjasama tuan-tuan, puan-puan dan saudara serta saudari yang saya kasihi semua. Berhati-hatilah dan awasi sekeliling kawan-kawan dan saudara mara semua. Saya tiada pilihan kecuali meminta bantuan disini kerana pihak polis masih lagi menyiasat.

TPU - Ayat "pihak polis masih lagi menyiasat" yang aku tak tahan tu... yang pastinya pihak polis dok sibuk macam dalam gambar dekat bawah ni ha...

10 February 2009

komik kanak kanak

Orang Kristian sentiasa cuba memesongkan akidah umat Islam dengan pelbagai cara yang halus. Di bawah ialah buku atau komik yang berbahasa Malaysia yang sekali pandang umpama komik biasa.

Apa yang mengejutkan ialah buku ini bukan sekadar buku komik bergambar untuk bacaan kanak-kanak. Apa yang jelas dalam buku ini adalah bercanggah dengan akidah kita sebagai umat Islam.

Menurut email yang diterima, buku ini telah diedarkan oleh pihak tertentu di sekitar Bukit Bintang, di mana teman saya memperolehinya secara tidak sengaja (diedarkan dalam raga motorsikal).

Apa yang membimbangkan kita ialah sasaran buku-buku ini diedarkan adalah untuk kanak-kanak. Buku ini diterbitkan di Indonesia tetapi menggunakan Bahasa Malaysia yang jelas bertujuan memesongkan akidah kanak-kanak Muslim.

Selain komik jahanam seperti ini, ibu bapa dinasihatkan supaya sentiasa memantau juga komik-komik bacaan kanak-kanak yang di alih bahasa dari luar negara seperti Naruto, Doraemon dan sebagainya yang berlambak berada di pasaran . Selain sususan bahasa yang berterabur ditakuti anak-anak kita yang belum berapa faham terikut dengan kepercayaan penulis komik tersebut.

Harap artikel ini disebarkan untuk makluman Saudara Islam kita.

Muka hadapan komik

Ayat-ayat yang bercanggah dengan Islam. Lain-lain gambar di HOT PICTURES COLLECTION.
Jagalah anak-anak kita!

08 February 2009

Yahudi dan ameno


apakah yang boleh diungkapkan bila korang melihat gambar atas...lu fikirlah sendiri. Asalamualaikumm

07 February 2009

Tips jika di buang kerja

Semua orang tahu tahun 2009 ialah tahun ekonomi merudum di seluruh dunia sehinggakan Barrack Obama pun mengatakan tahun 2009 ialah "tahun malapetaka bagi Amerika Syarikat". Berita minggu lalu Panasonic, Melaka telah menutup operasinya dan seramai 10,000 orang telah menganggur. Intel di Penang juga telah tutup operasinya dan 6,000 orang telah kehilangan punca rezeki. Di Johor pula,menurut seorang sahabat saya yang bekerja di Titan kilang yang terbesar di Pasir Gudang juga sudah menawarkan VSS!

Contoh di atas ialah kilang-kilang gergasi di Malaysia, manakala berpuluh dan mungkin beratus lagi kilang-kilang lain akan shut down pada tahun ini dan apakah akibatnya? Dijangka 200,000 orang pekerja akan kehilangan punca rezeki mereka!

Jika sektor perindustrian kita hampir tidak bermaya, begitu juga dengan sektor perladangan di mana harga kelapa sawit dan getah merudum dengan begitu teruk sekali.Adakah sektor-sektor lain akan selamat dari zaman ekonomi jatuh ini? Tentu tidak, semua akan merasai kesannya. Semua peniaga akan berkurangan untung atau rugi kerana kuasa beli yang kurang dan persaingan makin bertambah apabila yang kehilangan pekerjaan tetap tadi mulai mencuba nasib dengan berniaga dan mula berjimat dalam belanja.Industri pembinaan juga akan turut perlahan apabila kurang projek. Bank juga akan turut merasa tempiasnya kerana ramai yang tidak mampu membayar pinjaman,jurujual kereta juga tidak mendapat komisyen hasil jualan kereta. Yang mungkin selamat ialah pekerja di sektor awam dan badan berkanun.

Tentulah mangsa ekonomi jatuh ni iaitu pekerja yang dibuang akan pening kepala memikirkan bagaimana nak terus survive dengan hutang rumah,hutang kereta, belanja anak sekolah, belanja dapur dan pelbagai jenis hutang lain.

Apa yang patut dibuat jika kita di buang kerja?

1. Kita mesti redha dengan Qada dan Qadar Ilahi. Jangan terlampau stress dengan memohonlah dengan Allah dimurahkan rezeki. Mungkin hari ini hari kita di bawah, Insyallah dengan kurniaan Allah kita masih boleh meneruskan kehidupan. Apa yang penting hidup mesti diteruskan disamping bekalan untuk Akhirat.

2. Ubah cara hidup kita dari segi berbelanja. Tukar jenama mahal ke jenama yang murah dan buatan tempatan dan sekaligus boleh "boikot Israel".Belajar berjimat cermat dalam kehidupan seharian untuk bil-bil utiliti seperti elektrik,air dan telekomunikasi.Susun belanjawan kita semula dari benda yang penting didahulukan dan benda-benda yang kurang penting seperti astro juga mungkin tidak perlu di masa ini.Untuk perokok, mungkin sudah tiba masanya kita berhenti menghisap rokok.

3. Gunakan wang yang ada dengan cara berhemah.Wang pampasan yang kita terima JANGAN mengambil risiko dengan berjudi nombor ekor, melabur di skim-skim cepat kaya dan pelaburan internet.

4. Jangan menambah hutang sedia ada dengan hutang baru. Jangan gunakan kad kredit, seeloknya gunakanlah wang tunai.

5. Jumpa dengan Pegawai Bank, jika anda mahu mengecilkan bayaran ansuran kereta dan rumah anda.

6. Pergi ke Pusat AKDK untuk menguruskan semula pinjaman bank kita.

7. Mengambil kursus-kursus yang disediakan untuk penganggur. Saya tidak pasti namanya tapi saya pernah lihat di TV ada jabatan khas disediakan untuk membantu para penganggur dengan kemahiran tertentu.

8. Jika anda berminat untuk berniaga, belajarlah dari peringkat asas dahulu, jangan main terjah sahaja. Boleh melawat website MECD untuk mendapatkan input keusahawanan. http://www.mecd.gov.my/

9. Mungkin anda boleh mencuba perniagaan baru seperti perniagaan internet. Ada pelbagai program yang boleh kita cari duit seperti google adsense, clickbank dan sebagainya. Anda boleh lawati blog untuk maklumat lanjut.Hanya klik saja.
http://www.iklan.duit2u.com/?id=duittenet

http://www.duitmudah.com/?id=RM10jer


10. Balik kampung dan usahakan tanah orang tua kita seperti menanam sayur, menternak lembu kambing dan pasarkan sendiri di Pasar Tani.

11. Mengambil semula semua peluang pekerjaan yang selama ini dibolot oleh warga negara lain seperti menoreh,memotong kelapa sawit, kerja-kerja pembinaan dan sebagainya.

Sebenarnya banyak lagi cara untuk kita terus cari rezeki. Tip di atas hanya sebahagian darinya.Ingatlah rezeki,ajal dan maut di tangan Tuhan. Janganlah berputus asa dan sentiasa berfikiran dan bersikap positif supaya kita dapat hidup bahagia di dunia dan akhirat. Insyaallah.

05 February 2009

Surat terbuka ir Nizar

5 Februari 2009

Mengadap Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Shah Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah Paduka Sultan Negeri Perak Darul Ridzuan Yang bersemayam di atas takhta Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan dengan beberapa amat kebesaran dan kemuliaannya.

Assalamualaikum

Ampuan Tuanku,

Dengan hormat dan takzimnya patik merafa'kan sembah dan berdoa kehadrat Allah Suhanahu Wata'ala, mudah-mudahan Duli Yang Maha mulia Tuanku sentiasa berada dalam keadaan selamat dan kesejahteraan.

Ampuan Tuanku,


MERAFA' SEMBAH MEMAKLUMKAN PERKEMBANGAN TERKINI DEWAN UNDANGAN NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN

Warkah yang tidak sepertinya ini sebagai pengganti diri patik untuk menyembahkan kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku mengenai isu kedudukan terkini Dewan Undangan Negeri Perak Darul Ridzuan.

Patik merafa' sembah menjunjung kasih di atas perkenan Duli Yang Mah Mulia Tuanku pada pagi ini. Patik memohon izin untuk menyembahkan beberapa perkara:

1. Artikel XVl (6) Undang-undang Perlembagaan Negeri Perak menyatakan bahawa "If the Menteri Besar ceases to command the confidence of the majority of the Legislative Assembly, then, unless at his request His Royal Highness dissolves the Legislative Assembly, he shall tender the resignation of the Executive Council". Ini bermakna sokongan Menteri Besar itu perlu diputuskan oleh Persidangan Dewan Undangan Negeri.

2. Jumlah Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional adalah sama iaitu 28 orang. Adalah kurang tepat andaian Barisan Nasional mempunyai majoriti. YB Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Perak telah memutuskan bahaw Adun bagi kawasan Behrang, Changkat Jering dan Jelapang bukan lagi Adun. YB Yang Dipertua Dewan Undangan

Negeri Perak dan Kerajaan Negeri Perak juga telah memfailkan satu permohonan untuk satu perisytiharan bahawa ketiga-tiga Adun berkenaan bukannya Adun untuk kawasan-kawasan tersebut, di Mahkamah Tinggi pada pagi ini. Sewajarnya kita menunggu keputusan mahkamah dalam kes tersebut.

Ampuan Tuanku,


Atas alasan di atas dan berdasarkan prinsip demnokrasi dan Raja Berperlembagaaan, Patik dengan ini merafa' sembah memohon agar Dewan Undangan Negeri dibubarkan bagi membolehkan rakyat memilih semula kerajaan yang dikehendaki mereka.

Ampuan Tuanku,


Patik dengan ini merafa' sembah bahawa pimpinan Pakatan Rakyat sebulat suara meminta patik untuk tidak meletak jawatan sehingga krisis perlembagaan ini diputuskan oleh Mahkamah atau Dewan Undangan Negeri Perak.

Ampuan Tuanku,

Patik akhiri warkah yang tidak sepertinya ini dengan sekalung penghargaan ke atas keprihatinan dan pertimbangan Duli Yang Maha Mulia Tuanku, mudah-mudahan Allah Subhanahu Wata'ala melanjutkan usia Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan seluruh kerabab Tuanku dan semoga sentiasa berada di dalam kesejahteraan dan kebahagian yang berkekalan.

Amin Ya Rabbal 'Alamin

Ampun Tuanku,


Patik dengan segala hormat takzimnya; bagi pihak Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat

YAB Dato' Seri Ir Haji Mohammad Nizar bin Jamaluddin
Menteri Besar Perak Darul Ridzuan


03 February 2009

Free Flash banner at FlashBannerNow.com

Tong gas masak anda!

Ramai di luar sana yang tak tahu selinder gas yang dah expired tidak
selamat digunakan. So hati-hati bila menerima selinder gas dari penjual
gas.

Di sini caranya bagaimana memeriksa selinder gas LPG :

Di salah satu sisi selinder gas expiry date akan di kodkan secara
alpha-numerical seperti berikut;

A , B , C atau D diikuti dua digit, contohnya D06.

Huruf bermaksud suku ke berapa dalam satu tahun -

A utk March (Suku pertama),

B utk June (Suku kedua),

C utk Sept (Suku ketiga), &

D utk December (Suku keempat).

2 digit itu pula menunjukkan sehingga tahun berapa selinder itu selamat
digunakan.

Jadi D06 bermaksud selamat digunakan sehingga December 2006.

Kongsi message ini dengan rakan-rakan anda. Ia mungkin dapat menimbulkan
kesedaran dan menyelamatkan nyawa.


contoh D06. selamat digunakan sehingga December 2006












contoh D13.selamat digunakan sehingga December 2013


29 January 2009

salam

salam sejahtera semua,

Ini adalah kali pertama saya posting diblog ini.Disamping kita kita berblog atau pembaca blog adalah lebih baik kita mengambil sedikit kesempatan atau peluang untuk kita menambahkan pendapatan didalam keadaan ekonomi yang merudum ini.Setelah bertahun menggunakan internet baru sekarang saya mendapat "pengajaran" begitu besar kuasa internet.Sebelum ni saya memang tak ambil kisah semua ni tapi bila kegawatan melanda, apabila majikan sudah menyekat OT,elaun pekerja mula dipotong,pengeluaran dikurangkan kerana order yang sedikit.Malah ada pekerja yang telah diberhentikan.Dengan peluang kerja yang terhad(penganggur ramai manakala peluang pekerjaan yang sedikit)apalah yang dapat kita lakukan. Namun saya bersyukur kepada Allah kerana masih ada lagi pekerjaan